Sunday 23 June 2013

UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan part 4


untuk melayari serta ingin tahu lebih lanjut berkenaan aktiviti-aktiviti UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, kita boleh melayari di bloq bnpjs serta facebook pemangku ketua UMNO Bahagian PJS, Dato' Raja Hanipuddin disini
click sini ---> http://bnpjs.blogspot.com/
click sini ---> https://www.facebook.com/raja.hanipuddin?fref=ts
********************************************************************************


dibawah pemerintahan Dato' Raja sebagai pemangku UMNO Bahagian PJS sejak tahun 2008 hingga kini, telah beberapa kali Perdana Menteri, Isteri Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, serta beberapa Menteri turut hadir ke PJS dengan tujuan memberi rangsangan serta semangat buat ahli UMNO di PJS, sekali gus ia telah menambah keyakinan kepada ahli UMNO bahawa UMNO bahagian PJS masih kuat seperti dulu. jika kita lihat sekarang ini, penduduk sudah mula memakai baju UMNO / BN, bendera-bendera UMNO / BN berkibar diserata tempat di PJS.

Majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Taman Seri Manja PJS 

My Beatiful Malaysia bersama Perdana Menteri bertempat di Flat Medan Cahaya PJS

Kasih Ramadhan bersama Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor
bertempat di dewan serbaguna MBPJ PJS 1 

 Lawatan Timbalan Perdana Menteri ke tapak pasar malam taman medan PJS


jika diawal mendapat kuasa dahulu, Dato' Raja hanya dapat sekeping surat lantikan sahaja tanpa dokumen-dokumen ahli umno serta bangunan yang ada telah diserah kepada pihak lain, namun hasil usaha kerja keras beliau serta dibantu oleh EXCO bahagian, ketua-ketua sayap serta jentera-jentera parti, namun kini nama UMNO PJS diarena politik amat digeruni oleh pihak lawan.


pelbagai program UMNO PJS bersama penduduk telah mula mendapat sambutan yang amat menggalakkan tanda sokongan padu kepada UMNO PJS.


program-program anjuran UMNO mendapat sokongan daripada penduduk setempat


jika dahulu UMNO Bahagian PJS tidak ada bangunan untuk diduduki selepas is diserahkan kepada PAS oleh mantan ketua UMNO Bahagian, alhamdulillah hasil usaha serta amanah memikul tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada Dato' Raja Hanipuddin, ahli-ahli UMNO Bahagian PJS kini boleh berbangga dengan wujudnya pejabat UMNO Bahagian PJS yang terletak di Taman Dato' Harun PJS.

bangunan lama yang UMNO sewa telah diserah kepada PAS
selepas Datuk Kapten Zahar menyertai parti PAS pada tahun 2008 

Pejabat UMNO PJS di taman seri manja tahun 2008 ~ 2012


terkini: pejabat UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan sudah mula diduduki jan 2013







No comments:

Post a Comment