versi video, Klinik Rakyat UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan
fairuz jamal
Sunday, 23 June 2013
versi video Maulidur Rasul
versi video yang penulis terjumpa di youtube
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Tahun 2013
UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan part 4
untuk melayari serta ingin tahu lebih lanjut berkenaan aktiviti-aktiviti UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, kita boleh melayari di bloq bnpjs serta facebook pemangku ketua UMNO Bahagian PJS, Dato' Raja Hanipuddin disini
click sini ---> http://bnpjs.blogspot.com/
click sini ---> https://www.facebook.com/raja.hanipuddin?fref=ts
********************************************************************************
dibawah pemerintahan Dato' Raja sebagai pemangku UMNO Bahagian PJS sejak tahun 2008 hingga kini, telah beberapa kali Perdana Menteri, Isteri Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, serta beberapa Menteri turut hadir ke PJS dengan tujuan memberi rangsangan serta semangat buat ahli UMNO di PJS, sekali gus ia telah menambah keyakinan kepada ahli UMNO bahawa UMNO bahagian PJS masih kuat seperti dulu. jika kita lihat sekarang ini, penduduk sudah mula memakai baju UMNO / BN, bendera-bendera UMNO / BN berkibar diserata tempat di PJS.
Majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Taman Seri Manja PJS
My Beatiful Malaysia bersama Perdana Menteri bertempat di Flat Medan Cahaya PJS
Kasih Ramadhan bersama Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor
bertempat di dewan serbaguna MBPJ PJS 1
Lawatan Timbalan Perdana Menteri ke tapak pasar malam taman medan PJS
jika diawal mendapat kuasa dahulu, Dato' Raja hanya dapat sekeping surat lantikan sahaja tanpa dokumen-dokumen ahli umno serta bangunan yang ada telah diserah kepada pihak lain, namun hasil usaha kerja keras beliau serta dibantu oleh EXCO bahagian, ketua-ketua sayap serta jentera-jentera parti, namun kini nama UMNO PJS diarena politik amat digeruni oleh pihak lawan.
pelbagai program UMNO PJS bersama penduduk telah mula mendapat sambutan yang amat menggalakkan tanda sokongan padu kepada UMNO PJS.
program-program anjuran UMNO mendapat sokongan daripada penduduk setempat
jika dahulu UMNO Bahagian PJS tidak ada bangunan untuk diduduki selepas is diserahkan kepada PAS oleh mantan ketua UMNO Bahagian, alhamdulillah hasil usaha serta amanah memikul tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada Dato' Raja Hanipuddin, ahli-ahli UMNO Bahagian PJS kini boleh berbangga dengan wujudnya pejabat UMNO Bahagian PJS yang terletak di Taman Dato' Harun PJS.
bangunan lama yang UMNO sewa telah diserah kepada PAS
selepas Datuk Kapten Zahar menyertai parti PAS pada tahun 2008
Pejabat UMNO PJS di taman seri manja tahun 2008 ~ 2012
terkini: pejabat UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan sudah mula diduduki jan 2013
Thursday, 20 June 2013
UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan part 3
Menguatkan
nama UMNO
Selepas
selesai program, bermulalah era siri menguatkan nama UMNO di PJS. Pelbagai
usaha telah dilakukan dengan bantuan semua termasuk EXCO umno bahagian,
ketua-ketua sayap serta jentera-jentera parti. Pelbagai bentuk program yang
tidak pernah sunyi di PJS anjuran UMNO bahagian telah mula membuka mata
penduduk bahawa UMNO masih dihati rakyat
antara bentuk program yang dijalankan ialah
"Klinik Rakyat" yang diadakan setiap hari selasa malam rabu diadakan di pejabat UMNO Bahagian PJS khusus untuk memberi peluang kepada penduduk tidak mengira agama, bangsa serta ideologi politik untuk mengadu masalah terus kepada pemangku ketua UMNO Bahagian. pelbagai masalah yg dibangkitkan warga emas mohon bantuan perubatan, memohon bantuan yuran anak masuk universiti, memohon bantuan bayar bil hospital, memohon bayar bil api / air yg telah dipotong, memohon beras, memohon untuk membelikan susu anak, memohon kerusi roda, memohon bantuan JKM serta ada 1001 macam masalah yang diutarakan
Dato' Raja Hanipuddin sedang menemuramah penduduk yang hadir memohon bantuan
"Tautan Kasih" setiap bulan Dato' Raja serta jentera-jentera UMNO PJS dengan kerjasama ketua-ketua cawangan, pengerusi-pengerusi PDM bersama KEMAS PJ Selatan akan melawat antara 30 ~ 50 buah rumah untuk diberi bantuan barangan keperluan asas serta wang tunai bagi meringankan beban perbelanjaan penduduk. rumah-rumah yang dilawati seperti warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal yang tidak bekerja,
selepas program bersama penduduk atau apa saja program, kebiasaanya Dato' Raja akan mengajak ketua-ketua cawangan, jentera-jentera UMNO yang hadir membantu untuk minum bersama dikedai mamak yang berdekatan, dengan cara ini ia dapat memupuk semangat setiakawan dan kemesraan yang tinggi tanpa ada jurang darjat mahupun pangkat.
"Menyambut bulan ramadhan bersama penduduk" juga antara salah satu program yang dijalankan oleh Dato' Raja dengan tujuan merepatkan silatulrahim antara penduduk setempat bersama UMNO PJS. program seperti sahur bersama penduduk serta hadir ke gerai bazar sambil bermesra bersama pengunjung dan peniaga bazar ramadhan
Dato' Raja bersahur bersama penduduk
Bazar ramadhan taman medan
bersambung.........
UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan part 2
Bermula
tugas mencabar
Raja
Dato’ Hanipuddin bin Raja Dato’ Nong Chik bermula sebagai pemangku ketua dengan
penuh cabaran ketika itu. Tiada bangunan UMNO untuk diduduki, tiada
dokumen-dokumen keahlian UMNO serta menyatukan semula semua ketua-ketua
cawangan
Selaku
pemimpin yang sentiasa memikirkan kepentingan parti, diperingkat awal beliau
telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menyewa tingkat atas rumah kedai
di Taman Sri Manja sebagai Pejabat Rasmi UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.
Seterusnya bermulalah siri-siri mengumpul kembali dokumen-dokumen yg telah
dibuang serta menyatukan padu kan ahli-ahli UMNO PJS.
Setelah
bertungkus lumus mendapatkan kembali dokumen-dokumen parti serta membuat
pelbagai penyediaan menyatukan semua ketua-ketua cawangan, maka satu program
sesi suai kenal serta ceramah akan dianjurkan di dewan orang ramai PJS 4.
Pejabat UMNO Bahagian PJ Selatan di Taman Sri Manja
Dalam waktu yang sama beliau terpaksa buat roadshow berjumpa ketua-ketua cawangan kerana ada segelintir orang yang tidak bersetuju dengan keputusan
Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor kerana menganggap mereka lebih layak
memangku jawatan ketua, telah memulakan siri memburukkan Dato' Raja’ Hanipuddin
seperti sebagai darah diraja, beliau tidak pernah makan minum dikedai
mamak sedangkan rakyat serta ahli umno selalu duduk kedai mamak. Kononnya Dato’
Raja hanya minum teh di kelab-kelab golf sahaja. Antaranya juga mereka
mengatakan Dato’ Raja
tinggal diluar kawasan, jadi bila berlaku sesuatu dalam kawasan, maka beliau
tidak ada, maka beliau tidak layak jadi pemangku ketua UMNO bahagian.
Selepas
tarikh diedarkan 2 minggu lebih awal, maka ada dikalangan-kalangan sanggup
mengadakan perjumpaan hampir setiap malam, sama ada dikedai mamak, di hotel dan
bermacam-macam tempat lagi dengan tujuan mendesak Raja Dato’ Hanipuddin meletak
jawatan sebagai pemangku ketua UMNO bahagian PJS. Pelbagai siri perbincangan
memburukkan Dato’ Raja telah dijalankan oleh mereka-mereka yang berangan ingin
menjawat jawatan pemangku ketua UMNO bahagian. Pelbagai soalan telah mereka
sediakan dengan tujuan ingin memalukan Dato’ Raja dihadapan semua semua ketua-ketua cawangan serta sayap parti seterusnya mendesak beliau
meletakkan jawatan
Maka
pada tarikh yang telah dijanjikan, maka bermulalah program sesi suai kenal
serta sesi ceramah dan sdr Lokman Adam selaku EXCO pemuda UMNO Malaysia telah
dijemput sebagai penceramah ketika itu.
Selepas
sesi ceramah, maka sesi pengenalan telah dijalankan dan yang pelik sekali
ialah, selepas hampir 2 minggu mengadakan perjumpaan setiap malam untuk
menyediakan pelbagai soalan-soalan mendesak Dato’ Raja letak jawatan, tapi
tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang bangkit ketika itu. Semuanya
senyap membisu untuk tunjuk hebat hanya diluar sahaja.
namun selepas
sesi hampir selesai, beberapa anak muda yang telah termakan kata-kata
memburukkan Dato’ Raja sebelum ini telah bangkit hingga kedepan pentas sambil
menjerit-jerit agar Dato’ Raja meletakkan jawatan hingga keadaan menjadi kecoh
sekejap ketika itu, tapi Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini
berlaku seperti pergaduhan dan lain-lain. Semuanya berjalan dengan aman walaupun
ada bantahan
bersambung...........
Wednesday, 19 June 2013
UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan part 1
salam perkenalan. tujuan penulis menceritakan kisah ini, bukan bertujuan memburukkan sesiapa, cuma penulis hanya ingin berkongsi cerita sekadar apa yang penulis tahu berkenaan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan
Umno
bahagian Petaling Jaya Selatan yang dahulunya diketuai oleh Kapten (B) Datuk
Zahar Hashim selama 18 tahun sebagai ketua umno bahagian mempunyai keahlian
seramai 20,000 ahli pada masa itu. Pada 3 dec 2008, kapten (B) Datuk Zahar Hashim
telah digantung keahlian selama 3 tahun dan secara tidak langsung semua jawatan
beliau dalam parti telah gugur secara automatik . seterusnya pada 24 dec 2008
beliau mengistiharkan keluar parti umno dan masuk pas bersama beberapa
ketua-ketua umno cawangan.
Ketika penghijrahan kapten (B) Zahar Hashim ke PAS, bangunan yang selama
ini diduduki (sewa) oleh UMNO PJS telah diserah kepada PAS Petaling
Jaya Selatan oleh kapten (B) Zahar Hashim, manakala segala dokumen-dokumen
sulit parti pula telah dibuang didalam tong sampah
hanya Allah sahaja yang mengetahui siapakah yang telah membuang documen UMNO ini kedalam tong sampah tanda hina nya UMNO dimata mereka pada ketika itu
hanya Allah sahaja yang mengetahui siapakah yang telah membuang documen UMNO ini kedalam tong sampah tanda hina nya UMNO dimata mereka pada ketika itu
Pada 28 dec 2008, Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah sebulat suara untuk melantik Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Raja Dato’ Hanipuddin bin Raja Dato’ Nong Chik sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan
Malu
hendak pakai baju UMNO
Pada
ketika itu, ramai orang-orang kampung terutama anak-anak muda berasa malu untuk pakai baju umno. Mereka
lebih suka memakai pakaian biasa jika ada perjumpaan-perjumpaan bersama
pemimpin umno. Jauh sekali jika mereka hendak mengibarkan bendera UMNO / BN
dirumah masing-masing.
Bermula
tugas mencabar sebagai Pemangku ketua UMNO Bahagian PJS
Raja
Dato’ Hanipuddin bin Raja Dato’ Nong Chik bermula sebagai pemangku ketua UMNO Bahagian dengan
penuh cabaran ketika itu. Tiada bangunan UMNO untuk diduduki, tiada
dokumen-dokumen keahlian UMNO, penduduk malu hendak memakai baju UMNO, malu untuk mengibarkan bendera UMNO serta beliau harus menyatukan semula semua ketua-ketua
cawangan
bersambung........
Subscribe to:
Posts (Atom)